Kelas Command Prompt Percuma

Segalanya bermula disini.

Info Menarik dan berguna

Update terkini setiap hari.

Ringkas dan mudah

Tutorial satu per satu.

Sedia membantu

Segala persoalan boleh diemelkan kepada saya.

Dimana sahaja

Kami sedia membantu.

Wednesday, December 14, 2011

Net View di dalam CMD

orait..hari ini saya akan tunjukkan bagaimana nak lihat siapa yang berkongsi talian internet LAN bersama anda..mudah sahaja..mula-mula buka Command Prompt Line komputer anda..


kemudian taipkan "net view" dan tekan Enter


Hasilnya, anda boleh lihat pengguna-pengguna lain yang berkongsi LAN bersama anda


Itu sahaja untuk kali ini..selamat mencuba 



Tengok IP Address melalui Command Prompt Line


Hari ini saya akan tunjukkan cara bagaimana nak temgok IP Address komputer dengan menggunakan Command Prompt Line.
Mudah sahaja,mula-mula buka Command Prompt Line anda..


kemudian taipkan "IPCONFIG" dan tekan Enter



Hasilnya, kita boleh melihat IP Adress, Subnet Mask, Gateway yang sedang komputer kita gunakan....dan DNS Suffix bagi yang menggunakan LAN.



Itu sahaja..

Monday, December 12, 2011

Buat Command Prompt Line

Tengahari ini saya akan tunjuk cara untuk membuat Command Prompt..ini membantu kerana kebiasaannya makmal-makmal sekolah atau komputer-komputer ofis akan Disablekan CMD ini atas sebab-sebab tertentulah.. Baik, begini caranya :

Langkah pertama yang perlu dibuat adalah, buka aplikasi Notepad, nak senang taipkan notepad pada RUN.


seterusnya taipkan ayat ini "command.com"


kemudian savekan sebagai .bat, contohnya save sebagai cmd.bat


seterusnya buka dimana anda save fail tadi dan klik ia

hasilnya


itu sahaja..terima kasih





Tukar Nama Command Prompt Line


Untuk post kali ini, saya akan ajarkan bagaimana cara untuk menukarkan nama Command Prompt Line anda..
seperti biasa open Command Prompt Line anda..

taipkan title (nama baru) kemudian Enter


  • contoh seperti gambarajah ini (sebelum)



  • contoh seperti gambarajah ini (selepas)


  • sudah siap!


Sunday, December 11, 2011

Menukar warna pada Command Prompt Line

Kali ini adalah tips bagaimana menukar warna pada Command Prompt Line..adalah sangat bosan apabila warna Command Prompt Line anda berwarna hitam dan putih sahaja..kecualilah anda sememangnya peminat tegar warna tersebut..Baik, apa yang diperlukan adalah buka Command Prompt Line (sekiranya lupa boleh rujuk semula post yang lepas)..


  • taipkan arahan ini : color z

  • seterusnya akan ada paparan ini

  • sekarang pilih warna kegemaran..sudah pilih taipkan arahan ini color (kod warna pilihan)(kod warna pilihan)


  • hasilnya seperti ini :

color 1f


color 6a


color 5c

  • Anda bolehlah pilih dan tukar warna-warna Command Prompt Line ikut suka hati..yang mana anda suka..itu sahaja untuk kali ini..











Apakah itu Command Prompt

Mengikut pendapat saya Command Prompt merupakan satu mekanisme untuk berinteraksi dengan sistem operasi komputer (Windows/Linux/Unix/Mac) atau perisian dengan menaip arahan untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Ini berbeza dengan penggunaan tetikus yang merupakan antara muka pengguna grafik (GUI) untuk klik pada pilihan, atau menu pada teks antara muka pengguna (TUI) untuk memilih opsyen.

Kaedah mengarahkan komputer untuk melakukan tugas yang diberikan ini dirujuk sebagai memasukkan perintah: sistem menunggu untuk pengguna memberi arahan yang mengemukakan arahan teks tertentu, Jurubahasa baris arahan kemudian menerima, mem-parsing, dan melaksanakan arahan pengguna yang diminta. Jurubahasa arahan boleh dijalankan di terminal teks. Apabila siap, output arahan biasanya kembali  kepada pengguna dalam bentuk garis-garis teks pada CLI.

Dimana Command Prompt?

Bermula di sini :

  • Mula-mula tekan start windows (untuk pengguna OS Windows)
  • Pada ruang Search taipkan CMD seperti gambar rajah di bawah ini.

  • Kemudian tekan Enter..anda akan dapat Command Prompt Line seperti ini


ini sahaja cara untuk mengeluarkan Command Prompt Line dari komputer anda..mudahkan? akan datang adalah cara bagaimana untuk menukar warna pada Command Prompt Line..

Mukadimah

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..
Selamat Datang ke blog Command Prompt! Blog ini diwujudkan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan berkaitan Command Prompt kepada pembaca..disamping itu akan ada juga artikel atau perkongsian tentang perkara-perkara berkaitan komputer dan juga teknologi-teknologi sedia ada. harap dapat membantu..segala yang baik itu datang dari NYA dan yang buruk itu datang dari saya..sekian

IP PC anda ialah: